Home Sukan DONNARUMA SELANGKAH TINGGALKAN PSG

DONNARUMA SELANGKAH TINGGALKAN PSG

PARIS: Gianluigi Donnaruma tidak tersenarai dalam skuad 22 pemain Paris Saint-Germain (PSG) untuk Piala Super UEFA dan berkemungkinan besar beralih arah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, penjaga gol Itali berusia 26 tahun itu berkemungkinan meninggalkan juara Perancis itu pada musim panas ini dengan Manchester United dan Chelsea dilaporkan sedang mengintai untuk menandatangani pemain itu.

Disebabkan tidak mengharungi pramusim yang sempurna susulan penyertaan dalam Piala Dunia Kelab, mereka akan beraksi buat kali pertama sejak kekalahan di final menentang Chelsea apabila menentang Tottenham di Itali, Rabu ini.

Donnarumma tidak akan terbabit dalam perlawanan itu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa dia akan meninggalkan kelab itu, bulan ini.

Kontrak penjaga gol tinggi lampai itu hanya berbaki setahun lagi di Parc des Princes.

Pasukan kendalian Luis Enrique tidak mahu kehilangan penjaga gol itu secara percuma sekali gus membuka ruang kepada perpindahan dengan harga lebih rendah dalam masa terdekat.

Laporan daripada media Perancis, RMC mendakwa bahawa United dan Chelsea sudah menyatakan hasrat walaupun belum ada tawaran rasmi untuk penjaga gol yang dinilai sekitar RM147 juta itu.

PSG sudah menandatangani Lucas Chevalier dari Lille dengan harga awal RM196 juta dengan tambahan sehingga RM74 juta bergantung pada prestasi.

Enrique turut memutuskan untuk menjadikan pemain berusia 23 tahun itu sebagai penjaga gol utama mereka bagi musim 2025/26.

PSG masih mempunyai Arnau Tenas dalam skuad mereka, dan bekas penjaga gol Barcelona itu mungkin akan menjadi pengganti gol gantian buat kepada Chevalier pada aksi Piala Super UEFA. -AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here