Home Buletin Semasa MOSTI LAKSANA PROJEK FSI BAGI KENAL PASTI LOKASI TUMPUAN IKAN

MOSTI LAKSANA PROJEK FSI BAGI KENAL PASTI LOKASI TUMPUAN IKAN

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PASIR PUTEH: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melaksanakan projek sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) menggunakan data satelit bagi mengenal pasti lokasi tumpuan ikan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI Ruziah Shafei berkata, projek itu dibangunkan sejak 2007 dan mula beroperasi pada 2012 sekaligus memberi manfaat besar kepada komuniti nelayan seluruh negara.

“Dari segi teknikal, apabila kita menggunakan maklumat daripada teknologi angkasa, kita analisiskan maklumat itu dan terus memberikan kedudukan di laut di mana tempat menangkap ikan.

“Ini akan memudahkan nelayan dari segi masa, dari segi penyimitan bahan api, umpamannya, dan juga dari segi meningkatkan kapasiti tangkapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Komuniti MADANI Nelayan Digital di Dewan Serbaguna Penempatan Semula Nelayan Tok Bali, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah MYSA, Datuk Azlikamil Napiah.

Jelasnya, statistik tangkapan ikan mencecah peningkatan ketara iaitu 20 hingga 30 peratus.

Beliau berkata, setakat ini nelayan muda juga terlibat sama sekaligus dapat mengembangkan teknologi tersebut.

“Dulu kita fokus kepada nelayan di zon C laut dalam kerana nilainya lebih tinggi, namun hari ini kita fokus di zon lain iaitu zon A untuk nelayan di pinggir pantai,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here