Home Buletin Semasa JIM TAHAN 50 PATI DI GUA MUSANG

JIM TAHAN 50 PATI DI GUA MUSANG

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 50 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam serbuan menerusi Operasi Penguatkuasaan OP SAPU di Gua Musang selama dua hari sejak semalam.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, operasi dijalankan hasil risikan terhadap beberapa lokasi tumpuan warga asing termasuk rumah kongsi dan kilang kayu.

“Dalam operasi ini, JIM menahan 19 lelaki warga Bangladesh, 22 lelaki dan satu perempuan warga Indonesia, satu lelaki warga Kemboja dan tujuh lelaki warga Myanmar.

“Semua mereka berumur antara 22 hingga 54 tahun,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Jelasnya, mereka dibawa ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.  

JIM meggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here