BERN: “Ambil penalti seterusnya, dan yang seterusnya. Jangan pernah berhenti percaya.”
Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, itu mesej penuh semangat daripada legenda bola sepak Sweden, Zlatan Ibrahimovic, kepada pemain muda Smilla Holmberg yang menjadi watak duka dalam kekalahan skuad wanita Sweden kepada England di suku akhir Euro 2025.
Smilla, 18, gagal menyempurnakan penalti terakhir dalam penentuan sepakan yang mendebarkan, menyaksikan Sweden tewas 2-3 selepas sepakan pemain Hammarby itu melambung tinggi.
Insiden memilukan itu membuatkan Smilla menitiskan air mata, berjalan longlai ke arah rakan sepasukan yang turut kecewa.
Namun, siapa sangka, Ibrahimovic pemegang rekod penjaring terbanyak skuad lelaki Sweden tampil memberikan kata semangat secara peribadi.
“Dia anak yang sangat sedih, saya peluk dia lebih sejam selepas perlawanan.
“Tapi dia kuat… dia terima banyak sokongan daripada pasukan, penyokong, kawan dan keluarga. Pagi tadi dia dapat mesej daripada Zlatan,” kata ayahnya, Ola Persson, kepada radio Sweden
Zlatan, 43, yang juga sebahagian pemilik kelab Hammarby tempat Holmberg beraksi, tidak sekadar memujuk namun beliau meniup semangat juang dan membentuk mentaliti jangka panjang buat pemain belia itu.
“Dia suruh ambil penalti seterusnya… dan lagi… dan percaya pada diri sendiri,” kata Persson.-Reuters, HMetro Online-
IMedikel TV






