Home Segmen Kesihatan SUKAN WAKTU MALAM PUNCA MATI MENGEJUT?

SUKAN WAKTU MALAM PUNCA MATI MENGEJUT?

280
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Bersukan pada waktu malam? Ramai yang beranggapan bersukan pada waktu malam agak berisiko dan boleh menyebabkan kematian.

Ternyata ramai yang memilih untuk tidak melakukan aktiviti sukan pada waktu malam disebabkan perkara itu.

Namun, hakikatnya carian di mycheck mendapati waktu bersenam bukanlah faktor berlakunya kematian mengejut, sebaliknya status kesihatan individu, tahap intensiti senaman, daya tahan tubuh serta gaya hidup tidak sihat menjadi antara penyumbang utama.

Senaman pada waktu malam adalah selamat dan dapat meningkatkan kualiti tidur, selagi seseorang itu ‘mengukur baju di badan sendiri’ iaitu mengikut kemampuan diri dan intensiti tidak terlalu tinggi, selain memastikan rehat yang cukup.

Aktiviti berimpak rendah dan tidak guna banyak tenaga adalah senaman yang paling sesuai pada waktu malam terutamanya ketika bulan Ramadan, selain mengehadkan masa bersenam.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, bersukan pada waktu malam bukan punca kematian mengejut.

Risiko sebenar adalah datang daripada penyakit jantung yang tidak dikesan dan darah tinggi yang tidak terkawal.

Jangan takut bersukan, seharusnya takutlah jika tidak bersenam langsung dan rajin makan lewat malam.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here