WELLINGTON: Mangsa hilang selepas keluar gua dengan rakan sekelasnya dari sekolah menengah lelaki Whangarei, pagi semalam.
Pasukan penyelamat menyelusuri gua selama berjam-jam selepas pelajar sekolah itu hilang.
polis berkata mereka menangguhkan pencarian pada awal petang, namun dengan bantuan peralatan pakar yang dibawa dari Auckland membolehkan mereka bekerja sehingga malam.
“Sementara pengecaman rasmi mayat masih belum dibuat, polis memastikan keluarga itu diberikan bantuan sokongan. – SUPERINTENDAN TONY HILL, Komander Daerah Northland
“Kami mengakui peristiwa ini sangat menyusahkan sekolah dan komuniti serta terdapat beberapa persoalan daripada orang ramai.
“Namun, kami mengingatkan orang ramai supaya jangan membuat andaian mengenai apa yang berlaku.”
Ibu bapa turut mempersoalkan mengapa sekolah membenarkan lawatan ke gua yang terdedah kepada banjir kilat ketika hujan lebat, baru-baru ini.
Semalam saja, taburan hujan sehingga 13 sentimeter direkodkan di bahagian wilayah itu yang mengalami banjir buruk.
Dalam catatan di halaman facebook sekolah semalam, pengetua sekolah itu karen Gilbert-Smith menyifatkan pengalaman pahit itu sebagai sangat mengecewakan semua pihak.
Katanya, pihak sekolah akan memberikan kerjasama dan menyiasat bagaimana tragedi itu berlaku.
Sumber HMetro Online
Imedikel TV






