Home Hiburan ‘TAK BERSENTUHAN KULIT PUN’

‘TAK BERSENTUHAN KULIT PUN’

270
0

KUALA LUMPUR: Dalam menjaga batasan diri, aktres berkaliber, Noorkhiriah terkena tempias kecaman netizen apabila melakonkan babak bersentuhan tetapi berlapik dalam drama Seribu Tahun, baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, biarpun dilakukan tanpa sengaja dan sedar babak yang dilakonkan bersama aktor Azhan Rani itu bakal menjadi perdebatan netizen, namun, akui Noorkhiriah, selagi namanya manusia, dia tidak dapat lari daripada melakukan kekhilafan.

Noorkhiriah terbuka dengan teguran dan tidak melenting asalkan kritikan bersifat membina dan tidak melukakan hati sesiapa terutama keluarganya.

“Selepas berhijab, saya seboleh mungkin cuba menjaga batasan ketika berlakon, cuma kadang-kadang ‘terbabas’ juga.

“Selalunya sebelum hendak rakam sesuatu babak, memang mereka akan minta izin. Sebelum ini, produksi sangat menjaga dan hormat dengan pendirian saya.

“Kalau ada babak tidak sesuai, mereka tidak akan keluarkan. Saya sangat terharu. Sebenarnya, bukan sentuh kulit pun, tetapi sentuh bahagian atas tapak tangan yang dilapisi stokin tangan.

“Tetapi, perkara sudah terjadi, saya kena terimalah. Kalau ada yang tidak berkenan, saya minta maaf,” katanya kepada BH Online.

Noorkhiriah berkata, apabila difikirkan balik, kalau tidak mahu perkara seperti ini berlaku, lebih baik berhenti berlakon.

“Kita bekerja secara pasukan dan kalau asyik hendak sanggah, itu tak boleh, ini tak boleh, ia akan menyusahkan banyak pihak. Biarpun produksi faham, tetapi kalau banyak sangat pantang larang, memang susahlah.

“Kalau keliru, mereka ada hak untuk bertanya dan saya akan jawab. Cuma, kalau hendak cakap apa-apa, kenalah berlapik. Saya masih ada keluarga. Kalau tidak mahu jaga hati saya, sekurang-kurangnya jagalah hati mereka,” katanya.

Mengulas komen suami atas apa yang berlaku, Noorkhiriah berkata, suami memintanya muhasabah diri.

“Mungkin ada silap di mana-mana yang saya tidak sedar. Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Saya anggap apa yang berlaku ini adalah kekhilafan diri sendiri.

“Saya tidaklah baik sangat pun. Kadang-kadang apabila fikir balik, macamlah saya bagus sangat hendak ajak orang berdakwah.

“Itu yang kadang-kadang ada hantaran yang letak dalam arkib sebab malu hendak kongsi. Takut orang fikir lain. Tetapi, apabila teringat kata-kata seorang ustaz, iaitu jangan pandang siapa yang bercakap, tetapi lihat apa yang disampaikan, barulah saya yakin untuk muat naik perkongsian bermanfaat,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here