Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN PASTIKAN BEKALAN PETROL, DIESEL CUKUP SEMPENA AIDILADHA

KPDN KELANTAN PASTIKAN BEKALAN PETROL, DIESEL CUKUP SEMPENA AIDILADHA

448
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan mengambil langkah proaktif memastikan bekalan petrol dan diesel di negeri ini mencukupi sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, pihaknya sudah melaksanakan tugasan khas Bantuan Kenderaan Pengiring (“Escort Car”) bagi mengiringi penghantaran bahan api ke stesen-stesen Petronas di seluruh Kelantan pada dua tarikh utama iaitu 6 Jun dan 9 Jun.

“Penghantaran ini membabitkan kerjasama rentas negeri antara KPDN Kelantan, KPDN Pahang dan KPDN Terengganu, di mana lori-lori tangki minyak diiringi dari Depoh Kuantan melalui beberapa laluan strategik sebelum tiba di destinasi masing-masing di Kelantan.

“Setakat semalam, penghantaran berjaya dilaksanakan ke beberapa lokasi utama seperti Jeli, Padang Tembak, Gaung, Kuala Krai, Nik Salleh (Tumpat), dan Pasir Puteh. Manakala penghantaran ke Gua Musang pula dijadualkan tiba sekitar jam 9.15 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut beliau, kesemua penghantaran tersebut dikawal selia pihak penguat kuasa bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran logistik sentiasa terjaga.

Jelasnya langkah itu adalah antara inisiatif berterusan KPDN dalam memastikan kestabilan rantaian bekalan bahan api, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang lazimnya menyaksikan peningkatan ketara dalam pergerakan kenderaan serta permintaan bahan api.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here