Home Buletin Semasa REMAJA LEPASAN SPM DIDAKWA ROGOL PELAJAR DALAM STOR SEKOLAH

REMAJA LEPASAN SPM DIDAKWA ROGOL PELAJAR DALAM STOR SEKOLAH

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan, di sebuah sekolah di Kuala Krai pada jam 3 petang, April tahun lalu.

Bagaimanapun, remaja berusia 18 tahun itu mengaku tidak bersalah dan memohon bicara selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa melakukan kesalahan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di bilik stor di sebuah sekolah di Kuala Krai pada jam 3 petang, April tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, remaja itu boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dengan sebatan.

Bagaimanapun, ketika kejadian remaja lelaki masih di bawah umur, maka hukuman tertakluk di bawah Seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Norfarhan Liyana Wan Baharunddin.

Ahmad Faiz Fitri menawarkan jaminan RM15,000 bagaimanapun Wan Norfarhan Liyana memohon pengurangan jaminan tidak lebih daripada RM3,000 atas faktor ibu bapa remaja itu berpendapatan rendah memandangkan hanya bekerja sebagai buruh di kilang dan ladang.

Tambah Wan Norfarhan Liyana, remaja itu turut menerima tawaran pengajian di sebuah matrikulasi dan perlu melaporkan diri pada Jun depan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan syarat remaja itu tidak mengganggu saksi dan menetapkan 26 Jun depan bagi tarikh sebutan semula kes.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here