KOTA BHARU: Syarikat Pengilang Peralatan Asal (OEM), IMedikel sekali lagi diberi kepercayaan oleh Fyna Global untuk menghasilkan produk minuman jenama sendiri.
Pengasasnya, Effendi Ghazali, berkata kolaborasi itu adalah yang pertama bersama pihak IMedikel dalam menjenamakan produk kopi di bawah syarikatnya.
“Seperti yang kita tahu kilang IMedikel adalah diiktriraf dan ramai pengasas menggunakan perkhidmatan kilang ini.
“Jadi, kami di Fyna Global meletakkan kepercayaan kepada IMedikel untuk mengeluarkan produk kopi jenama kami.
“Untuk kali ini, kami datang untuk membuat ujian kepada produk minuman tersebut dari segi spesifikasi, rasa dan sebagainya sebelum dilancarkan.
“Setakat ini, alhamdulillah semua berjalan lancar,”katanya selepas Majlis Kunjung Hormat di Wisma IMedikel, di sini, pada Isnin.
Effendi berkata kolaborasi bersama IMedikel memberi peluang yang baik kepada syarikatnya.
“Syarikat IMedikel sudah stabil dari segi kualiti produk yang dikeluarkan. Bukan itu sahaja perkhidmatan pelanggan yang diberikan cukup baik.
“Jadi ini adalah peluang terbaik kepada kami untuk menjalinkan “smart partnership” bersama IMedikel untuk kita melangkah jauh ke depan,”katanya.
Effendi berharap agar jalinan kerjasama bersama IMedikel sebagai modal perniagaan jangka masa panjang.
“Dalam perniagaan sudah tentu kita inginkan perjalanan yang jauh maksudnya kalau kita terjun dalam bidang ini usaha dalam perniagaaan tidak berpenghujung.
“Untuk mencapai objektif yang kita sasarkan adalah melalui potensi produk itu sendiri, produk yang kita keluarkan mesti terbukti berkesan dan hubungan baik dengan kilang itu sendiri,”katanya.
Hadir sama Presiden IMedikel, Yusmat Mamat dan Ketua Pegawai Kewangan Syahrul Azlan Mahmood serta kakitangan daripada IMedikel dan Fyna Global.