Home Buletin Semasa JBPM KELANTAN SIAP SIAGA HADAPI JEREBU, ANCAMAN HAIWAN BERBISA

JBPM KELANTAN SIAP SIAGA HADAPI JEREBU, ANCAMAN HAIWAN BERBISA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan membuat persediaan menghadapi Monsun Barat Daya.

Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Farhan Sufyan Borhan, berkata musim kemarau sudah bermula sejak 10 Mei lalu dan dijangka berakhir pada September.

“Daripada makluman yang kami dapat daripada Jabatan Meteorologi bahawa kemungkinan berlaku jerebu bermula pada bulan Julai hingga September bagaimanapun lebih fokus di negeri pantai barat.

“Walaupun difokuskan di pantai barat, namun di Kelantan kita sentiasa bersiap siaga bukan sahaja untuk jerebu tetapi juga untuk musim panas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Mei Tahun 2025 JBPM Kelantan, di Tunjong, pada Isnin.

Katanya bagi menghadapi musim panas, pihaknya turut membuat persediaan untuk menghadapi ancaman haiwan berbisa.

“Kalau musim panas ini biasanya panggilan untuk menangkap ular juga tinggi. Bukan sahaja ular malah terdapat juga kes kala jengking dan juga biawak.

“Ini disebabkan pada musim ini, haiwan tersebut mencari tempat perlindungan, jadi biasanya haiwan itu akan ke rumah untuk berlindung,”katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjaga persiktaran rumah dengan baik untuk mengelakkan dijadikan tempat berlindung untuk haiwan berbisa itu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here