LONDON: Pemain tengah Manchester United, Casemiro, dilaporkan membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya, dengan menolak kemungkinan untuk kembali bersama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi.
Menurut laporan Agensi menerusi Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas pemain berusia 33 tahun itu memilih untuk kekal di Old Trafford sehingga kontraknya tamat pada musim 2025-2026.
Menurut laporan Sportskeeda, Casemiro dilihat semakin menyesuaikan diri dan kembali ke prestasi terbaiknya di bawah pengurusan Ruben Amorim. Keputusan tersebut membantu Manchester United mara ke final Liga Europa selepas pemain Brazil itu menyumbang gol dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir menentang Athletic Club.
Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengaitkan Casemiro dengan kelab besar dari Brazil dan Arab Saudi, namun pemain ini memilih untuk terus berada di Manchester United, membuktikan bahawa dia masih merupakan tunjang penting dalam skuad.
Sejak Januari lalu, Casemiro membuat 17 penampilan, menunjukkan ketabahan dan komitmen yang tinggi.
Selain itu, Manchester United turut mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak pemain ini selama setahun lagi. Berdasarkan prestasi semasanya, kelab itu dijangka akan menggunakan peluang terbabit. -Agensi, HMetro Online-
IMedikel TV






