Home Luar Negara JUARA DUNIA 2017, BOWIE MENINGGAL DUNIA

JUARA DUNIA 2017, BOWIE MENINGGAL DUNIA

125
0

LOS ANGELES: Pemenang pingat perak dalam acara pecut 100 meter (m) di Sukan Olimpik Rio 2016 dan juara dunia 2017, Tori Bowie meninggal dunia pada usia 32 tahun.

Perkara itu disahkan Persekutuan Trek dan Padang Amerika Syarikat (USATF) dan syarikat pengurusannya, awal pagi tadi.

Bowie, yang juga pemenang gangsa 200m Olimpik dan emas 4x100m di Olimpik Rio, ditemui meninggal dunia di kediamannya oleh pihak polis.

“USATF amat berdukacita dengan pemergian Tori Bowie, pemenang pingat tiga kali di Olimpik dan juara dunia dua kali. Seorang atlet berbakat, impak dirinya terhadap sukan ini tidak ternilai dan dia akan sangat dirindui,” kata ketua pegawai eksekutif persekutuan, Max Siegel dalam satu kenyataan.

“Kami sangat sedih untuk berkongsi khabar sedih ini yang Tori Bowie sudah meninggal dunia. Kita kehilangan pelanggan, kawan, anak perempuan dan adik,” kata pihak pengurusannya, Icon Management dalam ciapan di Twitter.

Punca kematian masih belum diketahui. Pejabat Sherif di Orange County, Florida berkata, pihaknya menemui mayat dalam sebuah rumah selepas melakukan pemeriksaan.

Bowie yang dibesarkan oleh neneknya di Mississippi, beralih daripada acara lompat jauh pada 2014 sebelum menjadi wanita terpantas di dunia pada tahun sama.

Dua tahun kemudian di Rio, dia berjaya menghalang Jamaica daripada membolot kesemua pingat acara 100m apabila menamatkan larian di tempat kedua di belakang Elaine Thompson dengan catatan 10.83 saat (s) manakala Shelly-Ann Fraser-Pryce di tempat ketiga.

Bowie juga menamatkan acara 200m di tempat ketiga dan mengetuai kuartet pecut AS di Rio. Dia kemudian memenangi gelaran juara dunia 100m di London pada 2017.

Sumber: BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here