Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 20 KOTAK BARANG RUNCIT SELUDUP

PGA RAMPAS 20 KOTAK BARANG RUNCIT SELUDUP

156
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT:  Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah kereta dipercayai cuba menyeludup barangan runcit di Jalan Bunohan Menghala ke Chabang Tok Mek Ngoh, di sini, pada Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan semalam berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu pihaknya menemui beberapa kotak dalam bonet belakang kereta tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 20 kotak barang runcit mengandungi makanan Thailand anggaran nilai RM 16,800 ditemui di dalam kereta tersebut dan disyaki diseludup masuk dari Thailand.

“Pemandu seorang lelaki berumur 42 tahun menjadi penghantar barang runcit tersebut ke pasaran tempatan,”katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here