Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Cubaan menyeludup sebuah motorsikal jenis RXZ dengan nilai anggaran RM10,000 gagal apabila Batalion 9 Pasukan Gerakan AM (PGA) menahan sebuah kereta bernombor pendaftaran Thailand dalam keadaan mencurigakan di Kampung Banggol Kulim, di sini, pada Rabu.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemandu lelaki berumur 31 tahun turut ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pemilikan yang sah dan tidak dibawa masuk ke Malaysia melalui Jabatan Kastam.
“BN 9 berjaya menumpskan kegiatan penyeludupan motosikal yang dikesan di kampung tersebut dalam Op Taring Wawasan kira-kira jam 1.00 tengah hari semalam.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah motosikal jenis RXZ di temui di dalam kereta tersebut dan disyaki diseludup masuk dari Thailand,”katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan hasil rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,”katanya.
IMedikel TV






