Home Hiburan JANGAN ‘BUANG’ ARTIS LAMA – NORALBANIAH

JANGAN ‘BUANG’ ARTIS LAMA – NORALBANIAH

280
0

PETALING JAYA: “Hargailah kami dan janganlah ‘buang’ artis lama yang sudah berlakon berpuluh tahun,” kata pelakon senior, Noralbaniah ketika diminta mengulas isu artis veteran yang dibayar rendah dalam industri seni tanah air.

Noralbaniah atau Noralbaniah Raffie yang akan mencecah usia 55 tahun pada bulan depan berkata, dia berasa sangat sedih bila artis veteran diperlakukan sebegitu.

“Saya sangat sedih bila baca berita artis veteran menerima bayaran rendah itu. Macam mana industri lakonan kita nak maju ke hadapan?

“Orang cakap saya cantik dan awet muda tapi saya pula bimbang adakah saya juga akan menerima nasib sama juga nanti?

“Saya juga tidak ambil sahaja semua tawaran yang datang termasuk bayaran rendah kerana tidak mahu jejaskan ‘periuk nasi’ artis senior lain,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Limbungan : Tragedi Hitam 1975 di sini, kelmarin.

Ditanya trend penerbit memilih artis yang mempunyai ramai pengikut di media sosial pula, kata pelakon popular era 1990-an ini, dia juga mengakui perkara itu.

“Saya sudah tua (berusia) dan tidak (aktif) sangat dengan medium media sosial seperti TikTok.

“Tapi jika ada filem baru saya tetap akan promosikannya di media sosial seperti Instagram dan TikTok.

“Kalau sebulan tak terbabit dengan penggambaran, saya hanya berehat di rumah kerana mahu tenangkan fikiran,” katanya.

Berkongsi wataknya dalam filem Limbungan pula, kata Noralbaniah, dia tidak kisah melakonkan watak nenek yang juga ibu kepada pelakon Amerul Affendi dalam filem itu.

“Saya terima tawaran kerana mahu terbabit dalam filem yang ada kelainan itu. Saya memang memiliki jiwa keibuan kerana mungkin sudah memiliki cucu yang berusia lima tahun sekarang,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here