Home Buletin Semasa KEDAI RUNCIT HANGUS TERBAKAR

KEDAI RUNCIT HANGUS TERBAKAR

229
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Sebuah kedai runcit dilaporkan terbakar separuh kekal di Jalan Kubang Batang, di sini, hari ini.

Laporan kejadian diterima pada jam 4.03 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor digerakkan ke lokasi kejadian.

Ketua BBP Tumpat, Mohd Rafain Mat Zin berkata, bagaimanapun tiada kecederaan mangsa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan kedai runcit separuh kekal dengan keluasan 60×70 kaki persegi.

“Pasukan bertindak memadam kebakaran menggunakan tiga aliran dan tiga pancutan dari sumber air jentera bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, struktur berkenaan terbakar 50 peratus dan operasi terkawal pada jam 4.36 pagi.

“Operasi pemadaman api selesai dijalankan dengan kekuatan anggota seramai 17 orang dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here