Home Segmen Kesihatan BAHAYA BEKAS POLISTERIN, CUBA ALTERNATIF LAIN

BAHAYA BEKAS POLISTERIN, CUBA ALTERNATIF LAIN

441
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Masih ramai dalam kalangan peniaga menggunakan bekas polisterin bagi membungkus makanan kepada pelanggan.

Walaupun sudah ada dalam kalangan para peniaga dan juga pembeli sudah cakna tentang bahaya penggunaan politerin, namun malangnya masih ada yang menggunakan ia.

Mungkin mereka sengaja tidak mahu menggantikan penggunaan polisterin kepada bahan lain disebabkan kos atau sebaliknya.

Artikel kali ini akan membincangkan kenapa bahaya menggunakan polisterin?

Menurut portal hellodoktor ramai yang tidak sedar bahawa penggunaan polisterin untuk membungkus makanan boleh membawa risiko kepada kesihatan manusia dan juga alam sekitar. 

Nak tahu kenapa ia juga bahaya kepada alam sekitar? Ini kerana bekas tersebut mengambil masa sehingga ratusan tahun untuk terurai secara semula jadi. 

Berikut adalah antara sebab-sebab mengapa anda perlu menghentikan penggunaan bekas polisterin:

  1. Bahan kimia yang membahayakan kesihatan: Polisterin mengandungi bahan kimia seperti stirena, yang boleh larut ke dalam makanan terutamanya apabila bekas tersebut digunakan untuk makanan panas atau berminyak. Pendedahan kepada stirena dalam jangka masa panjang dikaitkan dengan risiko kanser dan gangguan hormon.
  2. Tidak tahan suhu tinggi: Bekas ini tidak sesuai digunakan untuk makanan bersuhu tinggi kerana ia boleh cair dan melepaskan bahan kimia berbahaya ke dalam makanan. Risiko ini sering berlaku apabila  makanan baru dimasak dibungkus menggunakan bekas polisterin.
  3. Risiko kesihatan jangka panjang: Bahan kimia daripada polisterin juga boleh mengganggu sistem imun dan saraf manusia. Penggunaan jangka panjang bekas ini tanpa sedar boleh menyumbang kepada masalah kesihatan kronik.
  4. Sukar dikitar semula: Tidak seperti bekas plastik yang lain, polisterin adalah bahan yang sangat sukar untuk dikitar semula. Oleh itu, ia sering berakhir di tapak pelupusan sampah atau mencemari persekitaran.
  5. Mengandungi bahan beracun: Pembuatan polisterin melibatkan penggunaan gas CFC, yang bukan sahaja beracun tetapi juga menyumbang kepada penipisan lapisan ozon. Ini menjadikan bekas ini tidak mesra kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.

Justeru terdapat beberapa alternatif bekas lain yang boleh menggantikan bekas polisterin. Antaranya:

  1. Bekas kertas: Bekas ini mudah terurai dan sesuai digunakan untuk makanan kering seperti nasi lemak atau kuih tradisional. Walaupun lebih mahal sedikit, ia lebih mesra alam berbanding polisterin.
  2. Bekas plastik yang boleh diguna semula: Plastik berkualiti tinggi yang selamat digunakan untuk makanan panas adalah pilihan yang lebih baik kerana ia boleh diguna semula, dan mengurangkan sisa buangan.
  1. Bekas makanan berasaskan tumbuhan: Alternatif seperti bekas yang diperbuat daripada serat tebu atau daun pisang semakin popular kerana ia mesra alam, mudah terurai, dan tidak membahayakan kesihatan.
  2. Bekas stainless steel atau kaca: Walaupun kosnya lebih tinggi, bekas jenis ini selamat untuk digunakan berulang kali dan tidak membahayakan kesihatan.

Jadi, bagi pengguna yang bijak anda boleh menggantikan bekas polisterin dengan alternatif bekas lain yang lebih selamat untuk kesihatan semua.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here