Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM158,740, di hadapan sebuah sekolah, di sini, pada Rabu.
Komander PGA Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam satu kenyataan berkata rampasan dilakukan sepasukan Batalion (BN) 9 apabila menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan dalam Op Taring Wawasan dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam.
“Dalam operasi itu pihak kami turut menahan seorang lelaki berumur 54 tahun.
“Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai barangan runcit yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam lori tanpa dokumen yang sah. Anggaran nilai rampasan bernilai RM158,740 termasuk nilai lori,”katanya dalam kenyataan semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. Barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






