Home Buletin Semasa BANDING HARGA GUNA PRICECATCHER – FAHMI

BANDING HARGA GUNA PRICECATCHER – FAHMI

136
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Masyarakat digesa untuk memuatnaik aplikasi bagi memudahkan mereka membuat perbandingan harga sebelum suatu pembelian.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata aplikasi tersebut adalah aplikasi telefon mudah alih bagi mendapatkan perbandingan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, hypermarket, supermarket,pasar mini dan kedai runcit yang dipantau.

“Sekiranya masih ada yang belum memuaturun satu aplikasi iaitu PriceCatcher, anda boleh berbuat demikian sekarang.

“Di aplikasi tersebut, kita boleh dapatkan harga 480 produk. Kita perlu memanfaatkan internet untuk penggunaan aplikasi ini bagi kemudahan orang ramai, kerana ianya percuma.

“Kita boleh bandingkan banyak produk sebagai contoh ayam segar untuk dapatkan harga yang lebih murah di pasar atau pasar raya terpilih,”katanya dalam ucapan pada Program Ihsan Komuniti Madani, di Kampung Baru Nelayan, baru-baru ini.

Beliau berkata aplikasi tersebut dibangunkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 2017.

“Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh bukan hanya untuk menyampaikan bantuan untuk memastikan ibu bapa yang ada anak-anak diberikan bantuan.

“Tetapi sebagai pengguna juga kita boleh membuat keputusan yang bijak dan kita boleh memilih barang apa yang kita hendak beli.

“Jadi saya sampaikan sedikit pesanan ini semoga apa yang kita buat ini, mendapatkan ganjaran oleh Allah SWT bukan sahaja penduduk di Tumpat malah di seluruh Malaysia,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here