Home Sukan HAMILTON RASAI SESUATU YANG LUAR BIASA BERSAMA FERARRI

HAMILTON RASAI SESUATU YANG LUAR BIASA BERSAMA FERARRI

114
0

MILAN: Lewis Hamilton memandu kereta Formula Satu (F1) Ferrari buat kali pertama semalam selepas juara dunia tujuh kali itu menguji di litar ujian pasukan itu dan mengakui ia adalah “satu perasaan terbaik” dalam hidupnya.

Pemandu berusia 40 tahun dari Britain itu mengejutkan dunia pada Februari lalu apabila mengumumkan menyertai pasukan ikonik Itali itu selepas 12 tahun bersama Mercedes.

Pada pagi di litar ujian Fiorano berhampiran ibu pejabat Ferrari di Maranello, utara Itali, Hamilton memecut keluar menggunakan kereta ujian sambil mengenakan pakaian keselamatan merah klasik dan topi keledar kuning tersendiri.

“Saya cukup bertuah dapat mengalami banyak perkara dalam kerjaya saya, dari ujian pertama, perlumbaan pertama, podium, kemenangan, hingga kejuaraan pertama, jadi saya tidak pasti berapa banyak lagi perkara pertama yang saya ada.

“Tetapi memandu kereta Ferrari buat kali pertama pagi ini adalah salah satu perasaan terbaik dalam hidup saya,” kata Hamilton.

Sekumpulan peminat Ferrari yang penuh semangat, yang digambarkan oleh Hamilton sebagai “menakjubkan” menyaksikan aksi itu dari sebuah jambatan yang menghadap litar, sambil Hamilton meluncur laju di tengah cuaca basah.

Peminat berharap Hamilton dapat menamatkan penantian 18 tahun untuk meraih gelaran pemandu F1, yang sebelum ini didominasi oleh Mercedes dan Red Bull.

Hamilton hanya memenangi dua Grand Prix – kemenangan GP British pada bulan Julai yang menamatkan tempoh dua setengah tahun tanpa kemenangan dan menduduki tempat ketujuh dalam kejuaraan dunia 2024, ketinggalan 214 mata di belakang juara, Max Verstappen. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here