Home Hiburan ADAM LEE BERSYUKUR TAK ALAMI KECEDERAAN SERIUS

ADAM LEE BERSYUKUR TAK ALAMI KECEDERAAN SERIUS

138
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Adam Lee memaklumkan dia hanya mengalami keretakan kecil di bahagian leher C3 selepas terjatuh ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri kelmarin.

Adam berkata, dia yang pada mulanya dimaklumkan tulang lehernya patah ketika menerima rawatan awal di klinik bagaimanapun bersyukur kerana tiada kecederaan serius berlaku terhadapnya.

“Rabu lalu saya ada latihan seni bela diri dan kejadian berlaku apabila saya salah jatuh hingga bahagian leher C3 saya dilaporkan patah ketika mendapatkan rawatan di klinik.

“Bagaimanapun semalam ketika saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut disebabkan kesakitan yang berterusan, saya buat ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengenal pasti masalah sebenar.

“Alhamdulillah pagi tadi juru rawat di hospital ini memberitahu tiada kecederaan yang serius di bahagian leher. Kemungkinan hanya retak kecil di leher.

“Tapi apapun saya perlu menunggu laporan penuh daripada doktor petang ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Adam, disebabkan kecederaan yang dialami dia terpaksa melepaskan dua tawaran lakonan yang sepatutnya menjalani penggambaran bulan depan.

“Insya-Allah kecederaan yang dialami ini tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih dan saya saya akan kembali bekerja sekitar Februari tahun depan.

“Sekarang ini keadaan saya baik-baik saja. Doakan semoga saya cepat sembuh,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here