Home Segmen Kesihatan RISIKO GUGURKAN KANDUNGAN

RISIKO GUGURKAN KANDUNGAN

267
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Ramai dalam kalangan individu masih belum bersedia menimang cahaya mata atas beberapa faktor kesihatan, sama ada demi menyelamatkan nyawa sendiri atau mempunyai komplikasi kehamilan.

Akan tetapi, ada juga yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata atas pelbagai alasan.

Jadi mereka mengambil keputusan untuk gugurkan kandungan tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai niat untuk gugurkan kandungan anda perlu ketahui beberapa risiko yang mungkin dihadapi nanti:

Risiko Fizikal

1.Pendarahan berlebihan: prosedur atau pengguguran yang tidak sempurna boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

2.Jangkitan: jangkitan pada rahim boleh berlaku sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan baik.

3.kecederaan pada rahim atau serviks: prosedur tertentu boleh menyebabkan kerosakan fizikal pada dinding rahim.

4.Sisa janin dalam rahim: kandungan yang tidak keluar sepenuhnya boleh menyebabkan komplikasi serius.

Risiko Kesihatan Jangka Panjang

1.Masalah kesuburan: walaupun jarang berlaku, pengguguran berulang atau komplikasi serius boleh menjejaskan kesuburan.

2.Kehamilan ektopik: risiko hamil di luar rahim meningkat.

Bagaimanapun, elakkan menggugurkan kandungan tanpa pengawasan doktor, seperti menggunakan ubat tanpa melakukan prosedur yang tidak sah kerana ia mwembawa risiko berbahaya.

Ia perlu dipantau oleh doktor untuk memastikan ia berlaku dengan selamat dan kandungan dikeluarkan sepenuhnya. – Hellodoctor –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here