Home Buletin Semasa JEMAAH MALAYSIA DILANGGAR SELEPAS SOLAT TARAWIH, JENAZAH DISOLATKAN DI MASJIDIL HARAM

JEMAAH MALAYSIA DILANGGAR SELEPAS SOLAT TARAWIH, JENAZAH DISOLATKAN DI MASJIDIL HARAM

160
0

Jemaah Malaysia, Neshah Abdullah dilaporkan meninggal dunia pada 2 April 2023 akibat dilanggar kereta ketika pulang dari solat tarawih.

Gagal selamatkan

Menerusi sebuah perkongsian oleh sebuah agensi perkhidmatan umrah di TikTok, sewaktu kejadian Allahyarhamah baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih. Semasa melintas jalan, tiba-tiba dia dilanggar dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang.

Walau bagaimanapun, dia gagal diselamatkan dan disahkan meninggal pada malam 12 Ramadan 1444 Hijrah.

Kematian yang dicemburui

Menurut wakil agensi perkhidmatan umrah tersebut, pengurusan pengebumian arwah sangat mudah dan menyifatkan pemergian arwah sebagai sebaik-baik kematian.

Daripada malam tadi Allah Taala ambil dia, selepas sahaja solat tarawih Masyaallah masih dalam wuduk lagi dan semua urusan dari awal sampai akhir Subahanallah sangat-sangat dipermudahkan.
Ini tanda-tanda orang yang baik, kematiannya Husnul Khatimah (sebaik-baik kematian).

Dalam pada itu, adik kepada Allahyarhamah yang kelihatan sugul tetap reda menerima pemergian yang tidak disangka-sangka ini.

Saya minta untuk semua mendoakan yang terbaik untuk kakak saya, insya-Allah dia berada di dalam keadaan yang paling sempurna pada saya, dalam bulan paling mulia ini.

Lebih mengaharukan, Allahyarhamah yang juga disifatkan sebagai seorang isteri, ibu dan muslimah yang sangat baik itu sempat disolatkan oleh para jemaah yang berada di Masjidil Haram, Mekah.

Sumber: Tiktok

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here