Home Sukan VICTOR PENING JUMPA PENANG

VICTOR PENING JUMPA PENANG

209
0

ALOR SETAR: Ketua jurulatih sementara Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Victor Andrag jelas pening dalam melakukan percaturan apabila skuadnya melayan kunjungan Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Ia susulan ketiadaan pemain utama Syafiq Ahmad yang masih belum pulih daripada kecederaan kaki selain beberapa tonggak utama turut berdepan isu kecergasan.

“Syafiq masih belum pulih kecederaan kaki dialaminya ketika bersama skuad kebangsaan baru-baru ini. Ditambah pula dengan tahap kecergasan Amirul Hisyam, Ebenezer Assifuah dan Hasbullah Abu Bakar masih belum pada tahap terbaik.

“Jadi, saya belum dapat menjangkakan kesebelasan yang bersedia diturunkan untuk aksi menentang Penang FC dan ianya bergantung pada keadaan semasa mereka.

“Berdasarkan masalah yang masih dihadapi pasukan, saya jangkakan kami bakal berdepan satu misi sukar, namun saya tetap berharap pemain dapat meneruskan perjuangan berbekalkan semangat juang tinggi,” katanya selepas tamat latihan di Stadium Sultan Abdul Halim di sini kelmarin.

Menurut Victor, beliau turut mengharapkan momentum kemenangan ketika menentang KL Rovers pada saingan Piala Cabaran mampu menyuntik motivasi serta semangat pemainnya apabila berdepan skuad Harimau Kumbang.

KDA FC kini menghuni tangga ke-11 Liga Super, satu anak tangga di bawah Penang FC dan turut berkongsi mata dengan pasukan tetangga itu dengan 14 mata dalam 15 perlawanan. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here