Home Luar Negara IRAN BANTAH UAE MAHU TUNTUT PULAU DIKUASAI NEGARANYA

IRAN BANTAH UAE MAHU TUNTUT PULAU DIKUASAI NEGARANYA

178
0

TEHRAN: Iran memanggil Duta Besar Hungary bagi membantah kenyataan bersama Kesatuan Eropah-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengenai pulau-pulau yang dikuasai negaranya tetapi dituntut oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor media tempatan semalam. Kenyataan itu, yang diterbitkan selepas sidang kemuncak pertama antara kedua-dua blok serantau menyatakan bahawa Iran perlu menamatkan pendudukannya ke atas tiga pulau milik UAE iaitu Greater Tunb, Lesser Tunb dan Abu Musa kerana ia adalah satu pelanggaran kedaulatan UAE dan prinsip Piagam PBB.

Pulau yang terletak berhampiran Selat Hormuz yang turut menjadi laluan penting perkapalan global menjadi pertikaian antara UAE dan Iran selama beberapa dekad.

Tehran telah menguasai pulau berkenaan sejak tahun 1971, selepas berakhirnya pemerintahan imperial British ke atasnya.

“Duta besar Hungary sudah dipanggil ke Kementerian Luar Iran untuk membantah pengulangan beberapa tuntutan tidak berasas dalam kenyataan bersama pemimpin GCC,” lapor agensi berita rasmi IRNA.

Kementerian Luar Negeri Iran menyifatkan pendirian Kesatuan Eropah (UN) sebagai “tidak berfikir, tidak bertanggungjawab dan tiada asas undang-undang,” tambah IRNA.

Hari ini, UN menuduh Tehran membekalkan peluru berpandu dan dron kepada Russia untuk digunakan dalam perangnya terhadap Ukraine, serta mengenakan sekatan baharu ke atas negara itu. Pada April 2023, Iran melantik seorang duta ke UAE buat kali pertama dalam tempoh hampir lapan tahun sebagai usaha memperbaiki hubungan diplomatik dengan negara-negara Teluk Arab. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here