Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
TUMPAT: Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN) merampas kira-kira 175liter minyak petrol dan sebuah kenderaan di sempadan negara kelmarin.
Rampasan itu dilakukan menerusi Operasi Bersepadu setelah disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Pihak KPDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tumpat serta Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bertindak agresif bagi membanteras ketirisan barang kawalan.
Kes tersebut disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KPDN Kelantan –
IMedikel TV






