Home Buletin Semasa TEMA BUSANA KLASIK DAN TRADISIONAL, CIRI ISTIMEWA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DI IPGM

TEMA BUSANA KLASIK DAN TRADISIONAL, CIRI ISTIMEWA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DI IPGM

154
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Bertemakan konsep busana klasik dan tradisional, kira-kira 2,000 peserta meraikan program Jiwa Merdeka di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu, di sini, pada Khamis.

Pengarahnya, Dr. Narita Mohd Noor, berkata keseluruhan peserta berpakaian tradisional bertepatan dengan konsep yang dipersetujui.

“Kita nak kelainan konsep itu untuk melihat dan juga memeberi pendedahan kepada siswa siswi guru terutamanya dan juga warga kampus supaya kita ada karekter.

“Sambutannya sangat menggalakkan dan mendapat kerjasama seluruh warga IPGM Kampus Kota Bharu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Nyala Rasa Masterchef, di sini.

Katanya program Nyala Rasa Masterchef itu berkonsepkan masakan tradisional Melayu.

Menurut Dr Narita peserta terdiri daripada penuntut dan tenaga pengajar di IPGM Kampus Kota Bharu serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Ini adalah salah satu program yang ada sepanjang Bulan Kebangsaan dan juga Bulan Kemerdekaan. Dan kita ada banyak program dan Nyala Rasa Masterchef adalah salah satu program ini.

“Sehingga 16 September nanti kita ada beberapa lagi program yang akan dilaksanakan di mana semua program yang dirancang ini adlah bertujuan untuk membina karekter siswa siswi guru IPG Kampus Kota Bharu dan juga untuk membina ukhwah dengan seluruh warga IPGM Kota Bharu,”katanya.

Program itu dianjurkan Jabatan Sains Sosial dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan pihak pengurusan IPGM Kampus Kota Bharu.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here