Home Politik PRK DUN MAHKOTA: CALON PN DIUMUMKAN MINGGU DEPAN

PRK DUN MAHKOTA: CALON PN DIUMUMKAN MINGGU DEPAN

154
0

KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diumumkan seminggu lebih awal sebelum hari penamaan calon pada 14 September.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata langkah itu membolehkan calon PN turun padang lebih awal bagi menyantuni seberapa ramai pengundi.

“Terdapat pertambahan besar pengundi iaitu kini berjumlah 66,318 pengundi di DUN Mahkota. Kita perlu masa bertemu pengundi dalam tempoh singkat.

“Kita akan mengumumkan calon lebih awal pada minggu pertama minggu bulan depan, iaitu seminggu sebelum hari penamaan calon. Berbeza sebelum ini dua hari sebelum hari penamaan calon.

“Setakat ini ada tiga nama yang sudah dihantar kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya selepas taklimat persiapan PRK DUN Mahkota di Kampung Melayu di sini hari ini.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada 14 Ogos lalu berkata, pihaknya menyerahkan senarai tiga nama calon untuk PRK DUN Mahkota kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Sahruddin berkata, pemilihan semua calon yang juga anak tempatan itu akan dimuktamadkan pimpinan di peringkat pusat.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Ketua Penerangan PN berkata, calon PN akan membawa isu-isu seperti masalah ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here