Home Segmen Kesihatan PERNAHKAH ANDA BERSIN HINGGA TEGANG BELAKANG OTOT

PERNAHKAH ANDA BERSIN HINGGA TEGANG BELAKANG OTOT

312
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Bersin adalah refleks semula jadi.

Sekiranya ia dilakukan dengan postur yang salah, ia boleh menyebabkan ketegangan pada otot belakang.

Pernahkah anda bersin sehingga merasa urat tertarik pada bahagian belakang.

Ketahuilah, ketegangan secara mendadak yang terhasil di dalam tubuh, terutamanya di bahagian dada, perut termasuk otot-otot, urat-urat, dan di bahagian belakang adalah disebabkan tekanan tinggi daripada bersin itu.

Namun ia sebenarnya bertujuan untuk mengeluarkan iritasi dari saluran pernafasan.

Sekiranya otot-otot belakang sudah dalam keadaan tegang atau tidak cukup kuat, pergerakan atau tekanan yang tiba-tiba ini boleh menyebabkan ketegangan otot bahkan kekejangan.

Selain itu, sekiranya anda bersin ketika dalam posisi duduk atau berdiri dalam posisi yang membongkok, ia boleh meningkatkan risiko urat di bahagian belakang tertarik kerana beban tambahan yang diberikan kepada otot dan urat di bahagian tersebut.

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah untuk bersin dengan betul bagi mengelakkan urat menjadi tegang:

  1. Tegakkan badan: bersin dalam posisi tegak boleh mengelakkan urat menjadi tegang dan elakkan daripada berada dalam posisi membongkok.
  2. Sokong bahagian belakang: Jika anda mempunyai masalah belakang atau merasa ketegangan, sokong bahagian belakang anda dengan meletakkan satu tangan di belakang atau pada pinggul ketika bersin.
  3. Jangan menahan bersin: Menahan bersin dengan menutup mulut dan hidung boleh menyebabkan tekanan pada bahagian belakang dan otot dada, yang mungkin membawa kepada kecederaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here