Home Hiburan SYASYA BUNTING PELAMIN?

SYASYA BUNTING PELAMIN?

194
0

KUALA LUMPUR: Khabar angin mendakwa bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya sedang berbadan dua semakin bertiup kencang dan bukan rahsia lagi.

Terbaharu, tular video yang menampakkan ‘baby bump’ semakin membesar ketika berjalan dalam air sambil dipimpin suaminya, Nasrullah Mohd Sapie seolah-olah mengesahkan perkara itu.

Perkongsian tular itu sekali lagi mengundang ucapan tahniah netizen dan masing-masing berharap Syasya dapat mengesahkan perkara itu.

“Tahniah Syasya. Jaga diri ye. Hiraukan kata netizen yang tak belajar ini,” tulis netizen.

Pada perkongsian itu, terdapat netizen menyelar komen negatif yang ditinggalkan dan mendakwa penyanyi itu bunting pelamin.

“Bunting pelamin pun tak tahu ke? Aku pun tahu bunting pelamin.

“Memang nampak ‘baby bump’. Nak hairan apa, dia bersuami. Jangan ganggu dia,” tulis netizen.

Jun lalu, Syasya pernah menafikan khabar angin sudah berbadan dua, sebaliknya ‘baby bump’ yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.

Terdahulu, Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup pada 21 April lalu.

Sebelum itu, pada 8 April lalu, Syasya yang juga cucu kepada dramatis Rozie Othman lebih dahulu mencetuskan kejutan apabila membuat pengumuman mengundur daripada Dolla atas alasan peribadi. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here