Home Hiburan RUMAH TANGGA FATTAH, FAZURA OKAY SAJA

RUMAH TANGGA FATTAH, FAZURA OKAY SAJA

185
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin menegaskan rumah tangganya dengan isteri yang juga pelakon, Nur Fazura tidak berdepan sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan. 

Fattah berkata, isu dan khabar angin yang tidak benar ini mungkin timbul apabila dia jarang meninggalkan komen dan ‘like’ di hantaran-hantaran Fazura di Instagram. 

“Kami memang tak ada apa-apa isu sebab masing-masing pun sibuk kan. Kami okay sahaja. Saya rasa, isu ini berpunca daripada tak ‘like’ dan tak komen. 

“Itulah, kadang-kadang bila dah sibuk dengan urusan kerja, takkan setiap hantaran itu kita nak ‘like’ dan komen. Kalau ada masa memang saya ‘like’,” katanya kepada Harian Metro. 

Fattah juga faham bahawa persoalan ini timbul kerana peminat mengambil berat. 

“Kami faham sebab peminat mengambil berat. Terima kasih kepada semua yang ambil berat dan bertanya,” katanya. 

Terdahulu, Fazura memaklumkan, dia memilih untuk mengehadkan hantaran berkaitan keluarga dan kebahagiaan di media sosial kerana terkesan dengan apa yang berlaku di Palestin. 

Terbaharu, Fattah kini membintangi drama bersiri Lelaki Melayu Terakhir yang mula ditayangkan di slot Samarinda TV3, bermula 5 Ogos lalu. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here