Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) memperkenalkan dua skim baharu iaitu Ahli Skim Emas (ASE) dan Ahli Skim Platinum (ASP) khas untuk menjaga kebajikan warga pendidik.
Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat, berkata setakat ini lebih 110,000 ahli YGMB yang sudah berdaftar di seluruh negara.

“Jumlah itu dijangka akan terus bertambah selepas pengenalan skim baharu yang bersesuaian dengan perubahan semasa untuk warga pendidik.
“Ramai penerima daripada ahli yang mengidap penyakit kritikal dan yang membimbangkan ialah ada dari kalangan guru yang masih muda dan aktif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ceramah Anti-Scam di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Tunjong, di sini, hari ini.
Wan Munadi berkata, usaha tersebut berjaya meningkatkan kesedaran warga pendidik untuk menyertai YGMB menerusi skim mampu milik yang ditawarkan.
“Terdapat 21 tawaran yang disediakan dalam pakej ASP yang mana kes itu boleh berlaku di luar jangkaan termasuk bencana, banjir, kebakaran dan ribut, positif covid-19 dan ragut,” katanya.
Tambahnya, pakej skim yang ditetapkan secara bulanan adalah bermula dengan RM28 hingga RM79 bergantung kepada skim yang dipilih oleh ahli tersebut.
“Selain guru muda, pihak kami turut menyasarkan penyertaan guru yang terlepas pandang untuk sertai YGMB melalui ASE dan ASP,” katanya.
IMedikel TV






