Home Sukan MASIH ADA LAGI 600,000 TIKET OLIMPIK

MASIH ADA LAGI 600,000 TIKET OLIMPIK

132
0

PARIS: Ratusan ribu tiket untuk beberapa acara tumpuan di Sukan Olimpik Paris masih belum terjual walaupun upacara perasmian hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Penganjur mengesahkan sejumlah 500,000 sehingga 600,000 tiket masih boleh dibeli hari ini, lima hari sebelum perasmian temasya di tepi Sungai Seine.

Ia termasuk tiket acara 100 meter (m) lelaki dan wanita yang selalunya habis terjual dalam masa singkat.

Sebanyak 4,000 tempat duduk untuk acara perasmian masih boleh diperoleh dengan tiket paling murah bernilai £76 (RM459) menjadi rebutan.

Ketua jawatankuasa penganjur Paris 2024 Tony Estanguet tidak bimbang dengan jumlah kerusi yang masih kosong dan menegaskan beberapa pakej tiket berserta tempat duduk hanya dimuktamadkan baru-baru ini.

“Kami akan kekal berhemah dan sejak enam bulan lalu kami mengeluarkan tiket berperingkat.

“Masih banyak lagi tiket boleh dibeli seminggu sebelum perasmian kerana kami ada perancangan penghantaran akhir. Sejumlah 8.8 tiket sudah pun terjual dan masih ada 500,000 sehingga 600,000 tiket lagi.” katanya.

Acara final 100m lelaki menjadi tumpuan utama sesi malam di Stade de France pada 4 Ogos dengan tiket berharga di antara £249 (RM1,505) dan £825 (RM4,897) masih boleh diperoleh manakala acara 100m wanita berlangsung sehari sebelum itu dengan tempat duduk berharga £164 (RM991) masih boleh dibeli bagi mereka yang masih tercari-cari tempat duduk. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here