Home Buletin Semasa 45 TAHUN GAMIT KENANGAN ALUMNI SEKOLAH SEMASA KACAU ASYURA

45 TAHUN GAMIT KENANGAN ALUMNI SEKOLAH SEMASA KACAU ASYURA

172
0

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

KOTA BHARU: Setelah 45 tahun meninggalkan alam persekolahan, alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh Batch 1975/1979, di sini, berkumpul dan mengimbau kenangan menerusi Program Kacau Bubur Asyura, hari ini.

Pengarah program, Datuk Adenan Che Semail berkata, program tersebut diadakan bagi mengukuhkan lagi ukhwah yang sedia terjalin antara mereka setelah lama terpisah selepas tamat persekolahan.

“Program Kacau Asyura ini sudah tiga tahun diadakan dan setelah melihat sambutan mengggalakkan, kami terus bermuafakat mengadakannya secara berterusan.

“Menerusi kemahiran memasak asyura yang ada pada ahli alumni secara gotong-royong, malah kami masih mengekalkan resipi membuat asyura secara tradisional dan yang penting letak daging banyak seperti permintaan alumni,” katanya.

Dalam program tersebut lebih 50 alumni terlibat menjayakan program kacau asyura sebanyak dua kawah.

Menurutnya pengagihan asyura itu dilakukan kepada alumni, bekas guru dan penduduk setempat yang tinggal berdekatan sekolah.

Katanya, program bubur asyura berkenaan akan diteruskan dalam skala lebih besar pada tahun akan datang.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here