Home Sukan HPSC 2024 MEDAN TIMBA ILMU TEKNOLOGI SUKAN BERPRESTASI TINGGI

HPSC 2024 MEDAN TIMBA ILMU TEKNOLOGI SUKAN BERPRESTASI TINGGI

195
0

KUALA LUMPUR: Program anjuran Institut Sukan Negara (ISN), Research in High Performance Sports Colloquium (HPSC) 2024 yang dijadual berlangsung dari 7 hingga 9 September ini memperoleh tujuh penyertaan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Daripada tujuh IPT yang merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta itu, dianggarkan edisi kali ketiga ini bakal disertai sekirar 280 hingga 350 peserta.

Menurut Pengerusi HPSC 2024, Ng Hui Hwa, program bakal menyediakan platform percambahan idea selain membincangkan hasil penemuan penyelidikan sukan berprestasi tinggi dalam kalangan penyelidik.

Malah, program yang mula dianjurkan sejak 2022 ini turut bakal memainkan peranan sebagai galakan bagi memupuk penyelidikan sukan berprestasi tinggi yang amat sinonim dengan kemajuan sukan pada ketika ini.

“Dalam usaha untuk mewujudkan matlamat ini, kami juga menyertakan pertandingan Sports-Inno Challenge (idea pitching) yang menggariskan tiga tunjang penting, iaitu pengurusan risiko kecederaan, strategi pemulihan, serta prestasi dan pembangunan.

“Tema program kolokium 2024 ini, ‘Unlocking Excellence in Sports and Exercise Sciences: Integration through Research, Innovation and Technology’, sejajar dengan inisiatif untuk mendorong integrasi hasil penyelidikan terkini dan teknologi dalam memajukan bidang sukan berprestasi tinggi,” katanya.

Edisi sulung HPSC dianjurkan secara atas talian kerana kekangan pandemik COVID-19 namun memperoleh sambutan menggalakkan dengan menerima 160 penyertaan.

HPSC memperoleh penyertaan yang menggalakkan pada tahun berikutnya apabila menerima 71 penyertaan secara terbuka dan 352 secara atas talian.

“ISN berharap dapat menggalakkan inovasi sukan, menghubungkan penyelidik, dan mencapai kecemerlangan dalam sukan negara. ISN juga berharap ‘upskilling clinics’ dan bengkel memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran terkini yang relevan dengan industri sukan dan dapat mengurangkan jurang mereka dengan dunia pekerjaan industri sukan.

“Selain itu, sijil yang dikeluarkan melalui upskilling clinics dapat meningkatkan nilai resume mereka dan membuka peluang rangkaian profesional. Secara keseluruhannya, ini mengurangkan perbezaan dalam kemahiran, keyakinan, pengetahuan industri, dan pengiktirafan di pasaran kerja di industri sukan,” katanya.

Di samping itu, Hui Hwa turut menjelaskan yang HPSC 2024 bakal memperkenalkan peserta dengan beberapa peralatan terkini dalam teknologi sukan.

“Teknologi terkini yang bakal diketengahkan di HPSC 2024 termasuk Tensiomyography (TMG) untuk membuat saringan biomekanikal tisu lembut, Holomotion (AI) untuk pengurusan pencegahan kecederaan, Ultrasonic Shock Wave Elastography pula untuk pemulihan kecederan muskuloskeletal, dan Xsens untuk penganalisasi pergerakan atlet.

“Teknologi-teknologi ini akan diperkenalkan dalam bengkel HPSC 2024, dengan fokus untuk meningkatkan prestasi, pengurusan risiko kecederaan, dan strategi pemulihan atlet secara lebih terperinci​,” katanya.

– BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here