Home Buletin Semasa AJ MEDIC YAKIN DENGAN BARANG KELUARAN IMEDIKEL

AJ MEDIC YAKIN DENGAN BARANG KELUARAN IMEDIKEL

197
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: AJ Medic Sdn Bhd bekerjasama dengan I Medikel Pharma Holdings Sdn. Bhd. dalam mempromosikan barangan tempatan keluaran IMedikel ke pasaran seluruh negara.

Pengarahnya, Charlos Anthony Viter berkata, pihaknya yakin dengan barang keluaran IMedikel  dan menjangkakan kerjasama itu lebih jauh lagi.

“Barang IMedikel semua buatan Malaysia dan ada kelulusan, jadi senang untuk kita promosikan di farmasi.

“Saya memang fokus dalam pengedaran dan pemasaran, jadi saya ingin IMedikel hasilkan produk itu, dan kita di bahagian promosi akan menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, di Wisma IMedikel Pharma Holdings Berhad, di sini, hari ini.

Katanya, produk tersebut diedarkan di seluruh farmasi dengan harga mampu milik serta kandungannya yang selamat.

Sementara itu, Pengurus Kanan IMedikel, Aishah Nasrah berkata, setakat ini sebanyak 40 produk yang disalurkan terhadap AJ Medic.

“Mungkin selepas ini kita akan menghasilkan lebih banyak produk mungkin lebih daripada 200 hingga 500 produk untuk kita pasarkan seluruh negara,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here