Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki yang maut dipercayai ditikam dengan senjata tajam pada kejadian Sabtu lalu.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli.

Lelaki itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu media melaporkan seorang lelaki berusia 30an ditemukan orang awam yang kebetulan melalui kawasan perhentian bas kira-kira jam 10 pagi pada Sabtu lalu.
Kes itu disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud.
IMedikel TV






