Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Herpes adalah penyakit yang munculnya lepuhan berwarna merah dan berisi cairan pada kulit.
Penyebab penyakit herpes adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh virus herpes simpleks (HSV).
Terdapat dua jenis utama daripada virus ini antaranya ialah:
1.Herpes Simpleks jenis 1: (HSV-1) biasanya menyebabkan luka dan lecet di sekitar mulut dan bibir yang sering disebut sebagai “cold stress” atau “fever blisters”. Ianya disebar melalui kontak rapat dengan luka atau cairan tubuh seperti air.
2.Herpes Simpleks jenis 2: (HSV-2) lebih sering menyebabkan luka atau lecet di kawasan genital dan sekitar dubur. Ia biasanya tersebar melalui seksual dengan individu yang dijangkiti.
Justeru, penyakit ini tergolong sebagai penyakit jangka panjang, kerana virusnya boleh bertahan seumur hidup di dalam tubuh seseorang.
GEJALA HSV 1
1.Muncul lepuhan di sekitar mulut dan bibir.
2.Lepuhan dapat terbentuk di tempat lain, seperti wajah, lidah, dan kawasan kulit lain.
3.Terasa sakit apabila makan.
4.Pembengkakan kelenjar getah bening.
5.Luka atau lepuhan biasanya berlangsung 2 hingga 3 minggu sebelum sembuh.
GEJALA HSV 2
1.Muncul luka di penis dan di dalam vagina.
2.Nyeri ketika buang air kecil.
3.Keputihan abnormal pada wanita.
4.Sakit ketika berhubungan intim.
5.Kulit penis terasa kering dan gatal.
6.Luka dapat berlangsung selama 2 hingga 6 minggu.
Namun begitu, HSV 1 juga boleh dijangkiti melalui perkongsian barangan dengan orang yang dijangkiti herpes.
Oleh sebab itu, sebaiknya elakkan menggunakan barangan individu lain tanpa membuat pemeriksaan terlebih dahulu.
IMedikel TV






