Home Politik KHALED NAFI WUJUD PERSELISIHAN FAHAM DALAM UMNO

KHALED NAFI WUJUD PERSELISIHAN FAHAM DALAM UMNO

290
0

SERI ISKANDAR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan wujud perselisihan antara dua pemimpin tertinggi parti itu berhubung ketetapan kerjasama Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Ads by

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin utama parti yang dilihat tidak senada itu menunjukkan UMNO tidak bersifat mengongkong.

“Itu menunjukkan bahawa dalam UMNO, kita tak ada mengongkong.

“Jadi hanya mungkin mereka menyuarakan pandangan secara terbuka dan sudah tentulah itu akan menjadi topik perbincangan.

“Itu (kerjasama dalam pilihan raya) kita bincang dalam peringkat parti,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Kelmarin, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, BN akan terus bekerjasama dengan gabungan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata, parti itu tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU16.

Sementara itu, Mohamed Khaled mengingatkan ahli di setiap peringkat supaya membantu memulihkan parti yang kini disifatkan olehnya berada dalam fasa ‘sakit’ dan memerlukan rawatan.

Jelas beliau, jika tiada langkah mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO, dikhuatiri parti itu berisiko terkubur oleh sebab bukan lagi sebuah parti dominan.

“Hakikatnya parti sedang sakit sebab kita tidak menang majoriti dan kita tak dapat bentuk kerajaan pun dalam pilihan raya umum yang lepas.

“Maka sebab itu soal untuk bantu parti yang sakit ini perlu menjadi tanggungjawab kita bersama.

“Semualah, bukan hanya kita letak kepada Presiden (Ahmad Zahid) kerana tidak mungkin dia boleh berjaya (berseorangan), tetapi terletak kepada semua termasuk vateran,” katanya.- BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here