Home Sukan PERANCIS SEDIA TUTUP MULUT KAKI HENTAM

PERANCIS SEDIA TUTUP MULUT KAKI HENTAM

290
0

MUNICH: Perancis tekad untuk menutup mulut pengkritik apabila berdepan Sepanyol pada aksi separuh akhir Euro 2024, awal pagi Rabu ini.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Dengan Kylian Mbappe mengetuai cabaran skuad berbakat Les Bleus kali ini, mereka diletakkan sebagai antara pasukan pilihan ketika tiba di Jerman.

Bagaimanapun, mereka dikritik peminat dan pengulas sukan susulan prestasi hambar dan berjaya mara ke separuh akhir tanpa menjaringkan sebarang gol dalam permainan terbuka.

Di sebalik kejayaan mara ke final dalam dua edisi terakhir Piala Dunia dan memenanginya di Russia pada 2018 sebelum hanya tewas menerusi penentuan penalti di Qatar empat tahun kemudian, mereka gagal menyerlah pada kempen Euro kali ini di bawah bimbingan Didier Deschamps.

Dalam tempoh 12 tahun, pencapaian terbaik mereka adalah muncul naib juara pada 2016 di laman sendiri.

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe masih kurang selesa susulan patah hidungnya ketika aksi pertama menentang Austria pada Euro 2024. – Foto AFP

Kelmarin, Perancis hanya berjaya mengatasi Portugal menerusi penentuan penalti dengan Mbappe dibawa keluar selepas dilihat masih bergelut dengan topeng mukanya berbanding membantu rakan sepasukannya.

Anak buah Deschamps sering beraksi hambar dan dramatik pada masa yang sama.

Mereka kukuh dari segi bertahan tetapi banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol dan mereka terselamat ketika menentang Portugal antaranya disebabkan kelibat Cristiano Ronaldo kurang berkesan.

Prestasi Mbappe selepas mengalami patah hidung dalam perlawanan pembukaan Perancis dan prestasi Antoine Griezmann masih menjadi tanda tanya menjelang pertemuan dengan Sepanyol yang mengatasi suasana bising di Arena Stuttgart untuk menewaskan tuan rumah, Jerman menerusi gol pada minit akhir masa tambahan.

“Secara peribadi saya tidak peduli mengenai pengkritik,” kata pemain tengah, Youssouf Fofana.
Pemain tengah Sepanyol, Pedri terpaksa melupakan baki saingan Euro 2024 susulan kecederaan ketika menentang Jerman pada suku akhir di Stuttgart kelmarin. – Foto AFP

“Mengenai prestasi Antoine dan Kylian, anda perlu sedar ini sudah mencukupi untuk membawa kami ke separuh akhir. Saya tidak melihat sebab untuk mencari aspek negatif.

“Kami perlu bersatu untuk mencapai sasaran menjuarai kejohanan ini, bukan terlalu risau mengenai siapa yang tidak berada dalam prestasi terbaik atau mengenai cara bermain.

“Pada akhirnya, pencapaian ini sudah mencukupi untuk membawa kami ke separuh akhir.”

Perancis dijangka berdepan tugas sukar untuk mengatasi Sepanyol yang ketika ini berada pada tahap prestasi terbaik mereka.

Sepanyol menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam saingan Euro kali ini.

Bagaimanapun, mereka kehilangan beberapa pemain utama termasuk pemain tengah, Pedri yang terpaksa melupakan baki kejohanan kali ini selepas mengalami kecederaan lutut dalam pertembungan dengan pemain tengah Jerman, Toni Kroos. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here