Home Buletin Semasa LIMA SEKOLAH DI JOHOR TIDAK BEROPERASI

LIMA SEKOLAH DI JOHOR TIDAK BEROPERASI

152
0

Pengarah Pendidikan negeri Johor, Md SaidMd Daimon berkata, tiga sekolah di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mendapat, SK Tanjung Semberong dan SK Sri Nasib Baik.

“Dua sekolah di Segamat ialah SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buloh Kasap. dua sekolah ini mengalami masalah ketiadaan elektrik, yang mana masih belum mendapat pengesahan daripada JabatanKerja Raya (JKR) untuk digunakan.

“Dua sekolah di Segamat ini, dijangka akan mula beroperasi pada esok selepas disahkan selamat oleh JKR.

“Manakala tiga sekolah di Batu Pahat terbabit dengan banjir, yang bermaksud sekolah itu dinaiki air ataupun laluan ke sekolah itu yang masih dinaiki air, “Katanya ketika ditemui selepas melawat SK Sri Gading di sini, hari ini.

Menurut MD Said, sebanyak 40 buah sekolah di Daerah ini masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa banjir termasuk pelajar sekolah.

Katanya proses pembersihan sekolah masih lagi berjalan dan pihaknya sedang menyusun jadual sukarelawan yang akan membantu proses itu.

“Sehingga kini proses pembersihan sekolah masih berjalan, bagi sekolah yang masih lagi menjadi PPS, pembersihan akan dijalankan secara berperingkat.

“Seperti di SK Sri Gading, kita sudah bersihkan tetapi wap dan mendapan tanah itu timbul semula, dan menyebabkan kotoran. jadi kita kena bersihkan semula. saya percaya ramai sukarelawan yang akan bantu untuk bersihkan sekolah.

“Bagi pelajar di PPS, sesi pembelajaran bergantung kepada kelas kalau kelas bilik darjah yang kosong, maka mereka akan belajar di sekolah dan murid yang berada di PPS yang menjadi mangsa banjir akan masuk ke kelas menumpang walaupun pps itu bukan sekolah dia.

“Minggu pertama ini sesi persekolahan lebih kepada sesi suai kenal dan transisi,’ katanya.

Sumber: Harian Metro Online

– Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here