Home Buletin Semasa KARNIVAL HARI PELAUT&RUMAH API 2024 BERI INSPIRASI KEPADA GOLONGAN MUDA

KARNIVAL HARI PELAUT&RUMAH API 2024 BERI INSPIRASI KEPADA GOLONGAN MUDA

287
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GEORGETOWN: Karnival Hari Pelaut&Rumah Api 2024 memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk menjadi pelaut dan memberi sumbangan secara tidak langsung kepada ekonomi maritim Negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) mengiktiraf kepentingan meraikan hari pelaut tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Laut kerana menyahut cabaran untuk menganjurkan acara ini di seluruh negara, bukan sahaja di ibu kota, tetapi untuk membawanya ke bahagian lain di negara ini dan memberi pendedehan kepada anak muda kita kepada profesion sebagai seorang pelaut
“Dan adalah sangat penting, kami fikir, melalui acara-acara ini, ia akan memberi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda untuk menjadi pelaut dan menyumbang kepada ekonomi maritim kita,”katanya dalam ucapan di Hari Karnival Pelaut&Rumah Api, di Straits Quay, di sini, hari ini.

Beliau berkata selaras dengan pindaan terkini, Malaysia juga komited untuk meningkatkan perlindungan hak asasi pelaut seperti yang digariskan dalam Konvensyen Buruh Maritim 2006, keselamatan di laut adalah penting bagi pelaut yang sering menghabiskan masa yang lama di atas kapal.

“Pada masa ini, lebih 1000 kapal berbendera Malaysia beroperasi secara aktif dengan lebih 12,000 pelaut tempatan berkhidmat di atas kapal ini

“Dengan mengetengahkan sumbangan pelaut terhadap keselamatan, kempen tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan langkah dan protokol keselamatan dalam sektor maritim dan menggalakkan budaya keselamatan di kalangan semua pihak berkepentingan, termasuk pengendali kapal, badan kawal selia dan penggubal dasar,”katanya.

Katanya, para pelaut yang berminat boleh memohon kepada persatuan Profesional Maritim Malaysia.

Karnival Hari Pelaut dan Rumah Api 2024 berlangsung selama dua hari dari 29 Jun hingga 30 Jun ini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here