Home Buletin Semasa KPM TUBUH PORTAL CADANGAN MASA DEPAN PENDIDIKAN UNTUK PELAN PENDIDIKAN BAHARU NEGARA

KPM TUBUH PORTAL CADANGAN MASA DEPAN PENDIDIKAN UNTUK PELAN PENDIDIKAN BAHARU NEGARA

340
0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan Portal Cadangan Masa Depan Pendidikan Malaysia 2026 hingga 2036 bagi memudahkan pengumpulan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh masyarakat berkaitan hala tuju pendidikan negara.

Menurut kenyataan media, hal ini berkait rapat dalam usaha kementerian untuk menghasilkan pelan pembangunan pendidikan baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 yang hampir mencapai penghujung.

Pihak KPM juga terbuka menerima cadangan daripada pelbagai pihak dalam bentuk memorandum bagi membantu menghasilkan pelan pendidikan yang komprehensif dan holistik selaras dengan konsep whole of society approach.

Orang ramai juga boleh menyumbang cadangan bermula 14 Mei hingga 31 Disember tahun ini menerusi pautan  https://www.moe.gov.my/pelanpendidikan2026/public.

Pada masa yang sama, KPM akan terus komited menjayakan agenda reformasi pendidikan demi manfaat generasi masa depan negara.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here