Home Sukan TEN HAG KEKAL BIMBING MAN UNITED

TEN HAG KEKAL BIMBING MAN UNITED

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag akan kekal di Old Trafford musim depan walaupun menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kelapan musim lalu.

Keputusan itu dibuat selepas penilaian akhir musim untuk kempen 2023-24, yang menyaksikan United melakar kejutan ke atas Manchester City pada final Piala FA di Wembley.

Menurut laporan media British, Ten Hag sedang berbincang berkenaan kontrak baharu, dengan kontraknya sekarang memasuki tahun terakhir selepas dua tahun membimbing United.

Bekas pengendali Ajax Amsterdam itu dikritik hebat selepas juara 20 kali liga Inggeris, United mengharungi permulaan kempen paling buruk sejak musim 1962-63 dengan lapan kekalahan dalam 15 perlawanan pertama di semua pertandingan.

Mereka menamatkan saingan liga di tangga kelapan selepas 14 kekalahan dalam 38 perlawanan, dan tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah. – REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here