Home Buletin Semasa AIR LOVA BERPERISA PEKAT DAPAT SAMBUTAN HANGAT

AIR LOVA BERPERISA PEKAT DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Idea kreatif dalam menarik perhatian orang ramai dalam jualan sudah tentu menjadi keutamaan peniaga di masa kini.

Dengan itu, pengusaha air minuman viral, Abdul Rahim Ubaidillah, 24, dari Kota Bharu, di sini, membuat kelainan dalam jualan air minuman berperisa pekat dikenali “air lova”.

Melihatkan jualan air ‘lova’ meraih perhatian ramai sehingga Abdul Rahim membuat bancuhan perisa sebanyak 15 periuk dalam sehari.

“Air lova ini sejenis air berperisa pekat.

“Air ini asalnya air coklat kental yang viral datang daripada Jakarta, nama lova itu asalnya saya tengok jualan saya ramai yang suka, asalnya air lover jadi saya singkatkan jadi air lova,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, pada Rabu.

Katanya, jualan itu menjadi sumber rezeki baharu baginya berbanding pada awalnya dia hanya membuat bancuhan perisa sebanyak satu periuk sahaja.

“Dalam sehari bancuh air lova ini kita pakai periuk kan, starting saya daripada 1 periuk sahaja, sekarang boleh mencapai 14 hingga 15 periuk,” katanya.

Abdul Rahim berkata, caranya menghasilkan air lova adalah dengan meletakkan pilihan perisa di dalam gelas kemudian dimasukkan ais dan susu segar.

“Sekarang kita ada enam perisa, kita ada coklat, strawberi, matcha, coffee, durian, vanilla,” katanya.

Katanya, dia bersyukur kerana pelanggan tidak berhenti beratur di gerainya sebaik sahaja dibuka pada jam 12 tengahari sehingga jam 6 petang.

Tambahnya, air itu dijual pada harga RM5 sahaja.

Sementara itu, seorang pelanggan yang ditemui, Adam Asyraq, 28, dari Kubang Kerian membeli tiga gelas air lova berperisa coklat kerana tertarik untuk mencuba air itu sebaik sahaja melihat video air lova tular di media sosial.

“Pertama kali beli sebab tengok di tiktok, rasa tertarik untuk mencuba sebab tengok air dia pekat dan nampak coklat terus rasa tertarik,” katanya.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here