Home Sukan ALONSO BANGGA DALAM KECEWA

ALONSO BANGGA DALAM KECEWA

DUBLIN: Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso berkata pasukannya tetap bangga dengan rekod tanpa kalah di Eropah namun mesti menggunakan keperitan pada final Liga Europa awal pagi tadi untuk bangkit bagi satu lagi perlawanan akhir dalam masa dua hari.

Leverkusen – atau ‘Neverlusen’ seperti yang digelar terhadap mereka selepas menamatkan monopoli 11 tahun penguasaan Bayern Munich dalam kejuaraan Bundesliga di Jerman – masih boleh melakar kejuaraan berganda domestik jika menang ke atas kelab divisyen dua Kaiserslautern pada final Piala Jerman, Sabtu ini.

Namun kekalahan 3-0 di tangan Atalanta di Dublin menamatkan catatan tanpa kalah dalam 51 perlawanan dan menyebabkan Leverkusen terlepas peluang untuk menamatkan musim tanpa kalah dalam semua pertandingan.

“Kebiasaannya adalah untuk tidak tewas dalam perlawanan ke-52. Biasanya ia berlaku lebih awal dalam musim. Ia agak luar biasa apa yang kami capai dan kami perlu berbangga, mungkin dalam beberapa waktu tetapi pasti hari ini ia menyakitkan,” kata Alonso pada sidang akhbar.

“Kami akan belajar, saya akan belajar kerana kekalahan dalam final, anda tidak akan melupakannya.”

Terlalu lama diejek sebagai ‘Neverkusen’ kerana kegagalan mereka memenangi gelaran utama selama beberapa dekad, Leverkusen hanya memenangi dua trofi utama dalam sejarah 119 tahun mereka sebelum musim ini.

Oleh itu, ketika perlawanan akhir awal pagi tadi boleh memberikan gelaran Eropah kedua selepas kejayaan Piala UEFA 1988, Piala Jerman kedua bukanlah sesuatu yang boleh dijamin.

“Ia akan menjadi ujian bagaimana kami menanganinya kerana kami mempunyai satu lagi final besar Sabtu ini,” kata bekas pemain tengah Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich itu.

“Ia akan menjadi satu cabaran buat kami bagaimana kami bangkit daripada kekalahan hari ini dan bagaimana kami menangani kesakitan. Mari kita cuba dan mempunyai pengaruh besar dalam pemikiran kita bagi pertembungan Sabtu.”

– REUTERS,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here