Home Luar Negara ADIK SYAK ABANG MATI DIRACUN

ADIK SYAK ABANG MATI DIRACUN

BANGKOK: Seorang wanita di wilayah Isaan, Mahasarakham di timur laut Thailand, menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut selepas mengesyaki kakak iparnya meracun abangnya hingga mangsa meninggal dunia.

Portal The Thaiger melaporkan pemilik pusat latihan urut Thai, Pichit Kleepjinda, 44, atau dikenali Ton meninggal dunia di luar rumah keluarga di wilayah Isaan, pada 16 April lalu.

Punca kematiannya masih tidak diketahui dan agak misteri kerana ibu bapa mahupun isteri tidak meminta untuk menjalankan bedah siasat.

Ton sebelum ini sempat melarikan diri daripada percubaan pembunuhan di Bangkok, pada 8 April lalu.

Pada kejadian itu, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampirinya ketika dia memandu pulang dari sebuah tempat hiburan di daerah Wang Thong Lang.

Lelaki berkenaan melepaskan tembakan ke arah kereta Ton, sebanyak empat kali, sebelum melarikan diri.

Walaupun cedera, Ton sempat memandu ke Balai Polis Wang Thong Lang untuk membuat aduan dan suspek masih belum ditahan.

Selepas kejadian tembakan itu, Ton pulang ke wilayah Mahasarakham, di mana dia kemudiannya meninggal dunia dalam keadaan misteri.

Ibu Mod memberitahu polis bahawa Ton minum alkohol seorang diri dari 5 petang hingga larut malam sebelum kematiannya.

Bagaimanapun, tiada gelas atau botol alkohol ditemukan berhampiran mayatnya.

Menurut Saluran 8, aset Ton, bernilai kira-kira 40 juta baht (kira-kira RM5.16 juta) termasuk empat bidang tanah di Bangkok bernilai 20 juta baht (kira-kira RM2.6 juta) dan enam bidang tanah di Mahasarakham, simpanan, dana, saham dan pembayaran insurans hayat sebanyak 16 juta baht (kira-kira RM2.1 juta).

Ton dan Mod berkahwin secara sah dan mempunyai tiga orang anak. Isteri dan anaknya dipercayai akan menjadi pewaris harta. – AGENSI, HMetro Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here