Home Buletin Semasa TERIMA KASIH MARA! | IMEDIKEL PHARMA HOLDING BERHAD

TERIMA KASIH MARA! | IMEDIKEL PHARMA HOLDING BERHAD

218
0

“Program MARA Batam International Exhibition (MBEX 2023) ialah satu usaha yang sangat baik dalam membantu usahawan-usahawan seperti kami memasarkan produk dengan lebih meluas. Alhamdulillah program seperti ini memberikan kesan yang amat positif kepada kami untuk membina jaringan perniagaan bersama-sama usahawan-usahawan lain dan menjadikan jenama Imedikel terus dikenali”. – Hasnah Binti Zakaria, Vice Presiden Imedikel Pharma Holding Berhad.

Imedikel Pharma Holding Berhad merupakan syarikat di bawah bimbingan MARA yang mengeluarkan produk yang menfokuskan kepada beberapa kluster perniagaan seperti kluster pengilangan , kluster penjualan dan pengedaran serta kluster pemasaran.

Kami mengeluarkan produk dan supplemen kesihatan, produk tradisional, produk makanan dan minuman serta rangkaian produk kosmetik, sebagai contoh supplemen kesihatan serta vitamin, sama ada dalam bentuk serbuk , cecair, tablet atau kapsul atau produk penjagaan kulit, produk penjagaan diri, kosmetik bewarna, spa dan aromaterapi serta produk penjagaan bayi.

Jutaan Terima Kasih Kepada Mara Kerana Telah Memberi Peluang Kepada Kami Menyertai MBEX Yang Telah Pun Berlangsung Di Batam Baru-Baru Ini. Terima Kasih Mara.

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here