Home Buletin Semasa 19 PPS MASIH DIBUKA DI PAHANG

19 PPS MASIH DIBUKA DI PAHANG

Seramai 2,684 mangsa banjir daripada 766 masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin dan Maran, setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding petang semalam, seramai 2,771 mangsa banjir daripada 788 keluarga

Namun, Rompin kekal merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 2,671 orang daripada 764 keluarga manakala Maran pula membabitkan 13 orang daripada dua keluarga.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, dua sungai di Pahang masih merekodkan bacaan paras air melepasi tahap bahaya, setakat jam 8.30 pagi ini.

Sungai berkenaan ialah Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan Paras air Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera pula melepasi tahap amaran.

Dua sungai yang mencatat paras air melepasi tahap waspada ialah Sungai Jempol di Rancangan FELDA Jengka, Maran dan Sungai Triang di Triang, Bera.

Sumber: BH Online

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here